KELIRU |
KELIRU | Aku tidak tau duniamu sedang apa, Tapi setidaknya aku pernah cuba cari tahu, Yang pada akhirnya berkesudahan tak terjawab, Aku bingung, Persis seperti apa dirimu itu, Sungguh susah sekali untuk ditafsir fahami, Bukan kerana aku tidak cuba untuk menyelami, Namun dirimu sendiri bagaikan jurang tanpa dasar sulit ditemui dasar. Andai diriku pernah berbuat salah setidaknya ada faktor untuk aku juga berpaling arah, Tapi di situasi ini, Aku sendiri bingung. Entahlah, Mungkin ini adalah salah satu cara tuhan untuk memberi petanda, Memberitahu bahawa kita hidup di realiti yang langsung tidak sama, Berkemungkinan, cara tumbuh kita yang berbeza, Dan sejujurnya diri ini sebahagian besarnya masih tidak mahu pergi, Sebahagian lagi ingin bebas dari dibelenggu ketidakpastian, Tidak menjauh tapi masih saja menanti, Masih saja menunggu khabar dari orang yang paling dihajati, Langit sentiasa menjadi saksi, Akan namanya yang seringkali kuselitkan dibalik sejadah usang. Menjadi bisikan tetap ...