Payung harapan
Ternyata jangkaan aku tepat tugas aku yang sebenar bukan untuk menjadi pelangi,lebih tepat lagi hanya sebagai sebuah payung yang tugasnya hanya untuk memayungi. Bagaikan ombak tidak pernah mudah difahami tetapi memberi harapan yang sendiri juga tidak pasti. Mudah untuk dirimu pergi terlalu banyak payung ketidakpastian sedia menanti. Sejujurnya aku beranggapan bahawa dia adalah insan yang seringkali kupohon dalam setiap detik dan juga doa tapi ternyata dialah insan yang singgah mengajarkan erti putus asa. Keberadaan diri ini sering kali mempersoalkan letak dimana wujudnya jiwa.Apakah sekadar sampan yang terlajak arah,atau kapal yang sudahpun bernakhoda. Mahu saja ku undur masa tidak aku membuka payung layaknya orang yang menanti pelangi,Sanggup aku berhujan sendiri tidak endah tuntuan peribadi. Namun sungguh aku tidak mengerti kesakitan yang tiba saja datang pergi,Saat aku menutup payung dek kerana mendung hadirnya hujan kembali membasahi ruang diri. Terima kasih buat harapan yang...