Luka
Selagi ku mampu menahan luka ini takkan ku biar diri ini terjatuh buat kali yang keduanya. Tidak ada daya namun jiwa tersisa mengiyakan bahawa diri ini masih punya upaya. Tidak perlu waktu bahkan hanya ruang untuk menghalusi diri ini dengan balutan kepastian. Memastikan tidak akan ada luka yang mampu untuk bertahan lama dari disembuhkan. Ruang diri yang semakin kosong dek kehilangan separuh jiwa memungkinkan jasad untuk mati tanpa ada rasa. Salutan hormat ku berikan kepada diri ini karna senantiasa bertahan dek luka yang tidak pernah bersifat nyaman. Firasat berkata benar bahawa dia adalah orangnya pantas saja untuk minda menidakkan konklusiya, Amaran demi amaran dikeluarkan oleh penjaga ruang hati bahawa, Kelukaan yang diterima tidak lagi mampu untuk menampung pengisi suara hati yang seterusnya. Apa lagi yang hendak diperkata diri ini bukan lagi diatas kekuasaan sesiapa selain tuhan yang esa. Tidak ada daya yang mampu mengubah segala sesuatu ke segala sesuatu yang lainnya selain ...