Posts

Showing posts from August, 2022

Penat

  Diri ini pada akhirnya telah mencapai tahap di mana, Segalanya mulai beransur kelam dan tidak lagi punya makna. Rasa penat yang terlalu dalam barangkali, Mematikan rasa yang pernah wujud sebelumnya, Keberadaan diri yang seringkali tidak diendah, Mengundang pelbagai macam rasa perit yang tiada penawar, Terlalu lama diri ini bertahan di dalam lembah pengharapan, Yang seakan tidak ada hujungnya. Akhirnya tiba detik detik terakhir sebuah pengharapan, Semakin jelas terpampang di kaca minda dan ingatan. Masa untuk berlalu pergi semakin hampir, Layaknya matahari senja  yang beransur hilang tatkala malam. Dan pada akhirnya seperti semua hidupan lain, jiwa juga mampu mencapai tahap kepenatan yang teramat lelah. Menantikan rasa lelah untuk kembali normal bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya.

Perjuangan

Berakhir. Telahpun tamat akhirnya perjuangan ini untuk mengambil posisi sebagai pengisi ruang hati. Pelbagai daya dan usaha yang aku kerah  Semata mata untuk mendapatkan sekeping hati yang telah lama aku damba. Terlalu banyak keperitan yang diri ini tanggung dibibit bibit perjuangan, Kesakitan yang lukanya parutnya tidak akan sembuh seperti sediakala.  Menanti tiba detik penyembuhan yang seterusnya. Tidak pernah terlintas dek fikiran untuk berjuang ke titik terakhir sebuah perjuangan. Yang paling aku takuti sememangnya terjadi. Perjuangan yang bahkan berakhir tanpa ada hasilnya. Tapi aku percaya bahawa di setiap perjuangan dalam kehidupan. Aku tak rugi dalam mendapatkan pelbagai jenis pengalaman. Pengalaman yang begitu banyak mengajarkanku erti untuk tidak putus asa. Mengajarkan untuk tidak mengharapkan lebih kepada makhluk selain daripada pencipta. Terima kasih untuk pengharapan yang tidak akan pernah berakhir sebagai sebuah kepastian. Perjuangan ini tidaklah berakhir dengan ...

Pengharapan

Tidak pernah terlintas seutas harapan untuk menjadikan diri kamu berposisi lebih daripada seorang teman. Namun kamu yang membuka segala ruang memberikan puing puing pengharapan . Berjuta kali telah ku cuba untuk menghentikan pengharapan ini  Namun manusia seringkali tidak endah akan amaran diri. Terlalu ikut hawa nafsu tak berakal yang mengundang segala macam kebinasaan . Terjatuh aku ke lembah paling dalam sebuah pengharapan. Tidak ku temui mana hujung dan mana pangkal. Pengharapan yang semakin hari mendera emosi Memaksa diri untuk terus menanti dari memilih untuk berlalu pergi. Pengharapan yang bertukar kepada penantian merupakan fasa yang tidak masuk akal dan terlalu sulit untuk dijelaskan.

Lupa

  Ramai manusia seakan lupa bahawa mereka punya Tuhan yang esa. Seringkali pengharapan diletakkan keatas makhluknya bukan kepada penciptanya. Bahkan kita seringkali lupa yang bisa membolak balikkan hati manusia itu merupakan pemilik hati yang sebenarnya. Tuhan yang esa. Seringkali lupa mengharap pada yang tidak pasti itu selalunya akan berakhir dengan kecewa. Berpeganglah pada janji tuhanmu nescaya apa yang kamu dapat adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kamu. Janji manusia yang boleh saja dimungkiri seringkali ditagih berbanding janji tuhanmu yang sentiasa pasti. Terkadang kita juga lupa bahawa kita ini hamba Lemah. Lemah dalam segala macam hal. Terutama yang berkait dengan jiwa. Tersangatlah lemah sehingga jatuh ke lembah tipudaya indah. Berlatar belakangkan maksiat yang seakan akan benar tetapi salah. Seringkali lupa akan nikmat dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah bertahan sementara. Masih kita mengejar dunia dibandingkan ukhrawi yang sudah pasti di sana adalah alam yan...