Lupa
Ramai manusia seakan lupa bahawa mereka punya Tuhan yang esa.
Seringkali pengharapan diletakkan keatas makhluknya bukan kepada penciptanya.
Bahkan kita seringkali lupa yang bisa membolak balikkan hati manusia itu merupakan pemilik hati yang sebenarnya.
Tuhan yang esa.
Seringkali lupa mengharap pada yang tidak pasti itu selalunya akan berakhir dengan kecewa.
Berpeganglah pada janji tuhanmu nescaya apa yang kamu dapat adalah yang terbaik untuk kesejahteraan kamu.
Janji manusia yang boleh saja dimungkiri seringkali ditagih berbanding janji tuhanmu yang sentiasa pasti.
Terkadang kita juga lupa bahawa kita ini hamba
Lemah.
Lemah dalam segala macam hal.
Terutama yang berkait dengan jiwa.
Tersangatlah lemah sehingga jatuh ke lembah tipudaya indah.
Berlatar belakangkan maksiat yang seakan akan benar tetapi salah.
Seringkali lupa akan nikmat dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah bertahan sementara.
Masih kita mengejar dunia dibandingkan ukhrawi yang sudah pasti di sana adalah alam yang tiada mati.
Masih lupa bahawa tujuan asal penciptaan manusia yang sebenarnya di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT tuhan yang sebenar benarnya.
Comments
Post a Comment