Perjuangan
Berakhir.
Telahpun tamat akhirnya perjuangan ini untuk mengambil posisi sebagai pengisi ruang hati.
Pelbagai daya dan usaha yang aku kerah
Semata mata untuk mendapatkan sekeping hati yang telah lama aku damba.
Terlalu banyak keperitan yang diri ini tanggung dibibit bibit perjuangan,
Kesakitan yang lukanya parutnya tidak akan sembuh seperti sediakala.
Menanti tiba detik penyembuhan yang seterusnya.
Tidak pernah terlintas dek fikiran untuk berjuang ke titik terakhir sebuah perjuangan.
Yang paling aku takuti sememangnya terjadi.
Perjuangan yang bahkan berakhir tanpa ada hasilnya.
Tapi aku percaya bahawa di setiap perjuangan dalam kehidupan.
Aku tak rugi dalam mendapatkan pelbagai jenis pengalaman.
Pengalaman yang begitu banyak mengajarkanku erti untuk tidak putus asa.
Mengajarkan untuk tidak mengharapkan lebih kepada makhluk selain daripada pencipta.
Terima kasih untuk pengharapan yang tidak akan pernah berakhir sebagai sebuah kepastian.
Perjuangan ini tidaklah berakhir dengan sia sia itu kerana aku belajar banyak sekali benda.
Semoga kita dipertemukan di titik perjuangan yang seterusnya.
Jangan pernah berhenti berjuang untuk apa yang kamu dambakan.
Tiada erti kata mustahil selagi mana kamu tidak berputus asa.
Comments
Post a Comment