Dugaan
Hai pejuang kehidupan,
Terlalu banyak yang berlaku disekitarmu sehinggakan tidak sempat bagimu mengumpul semangat baru.
Dugaan demi dugaan hadir mengetuk takdir perjalanan hidupmu yang bahkan sedang aman.
Masa untuk bersendiri kian singkat dek tuntutan duniawi yang senantiasa mencabar.
Begitu banyak getir getir kehidupan yang pernah kau rasakan ,
sehinggakan kau tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hayat meniti gelora kehidupan.
Bahkan kau tetap harus terlihat kuat dihadapan orang orang yang berfikiran millenia,
Terkadang kau jatuh sendirian tanpa ada tangan yang menghulurkan harapan.
Hampir hampir putus harapan dengan pelbagai macam senario tak bisa kau sangkal..
Tika kau berhenti sejenak untuk melepaskan keluh kesah
ada saja ombak rintangan yang perlu kau tidakkan.
Namun ingatlah wahai pejuang kehidupan disetiap rintangan yang kau lalui,
Ianya mengajarkan erti sebenar kehidupan,
Tidak pernah bisa diramal dek ahli ilmuwan,
Bahkan sahabat nabi juga pernah merasakan putus asa yang teramat sangat,
Hebatnya mereka kerana yakin bahwa tuhan tidak akan menguji hambanya lebih daripada yang mereka mampu bataskan.
Tenanglah sahabat pasti akan ada sinar pelangi sesudah habisnya badai taufan.
Berpegang pada takdir bahwa tiada yang mustahil dalam dunia berlandaskan hukum tuhan.
Bertahan lah walau untuk sejenak lagi kerana tuhan merencanakan yang terbaik buat hambanya sesudah ujian.
Kuatkan bahumu ingatlah bahawa adanya tuhan tempat kau mengadu segala macam hal.
Berehat sejenak sebelum meneruskan perjalanan kehidupan yang sulit untuk dijelaskan,
Jauh lagi takdir tuhan yang belum kau lunaskan.
Carilah redha tuhan berbanding redhanya seorang insan,
Ucapkan terima kasih kepada diri untuk terus kuat disetiap dugaan yang mendatang.
Posisi manusia allah letakkan sesuai dengan perjalanannya,
Sentiasa ingat akan ada orang yang mempunyai dugaan yang bahkan lebih hebat namun masih mampu tersenyum dek redha kerana takdir yang sudah diaturkan.
Comments
Post a Comment