Hasrat
Jauh di sudut hati yang paling dalam wujudnya hasrat untuk menjadikan kamu pengisi suara hati yang seterusnya.
Bisikan rasa seakan akan meruntuhkan segala benteng pertahanan yang telah lama bertahan menjaga ruang hati dari luka yang sebelumnya.
Pelbagai angan dan impian yang palsu bertingkah seakan benar berjaya mengelabui ruang diri.
Sungguh jauh diri ini hanyut dek pukulan demi pukulan yang seakan akan memberi tanda supaya diri ini berhenti dari mengejar yang tak pasti.
Impian rasa yang bahkan hanyalah mainan minda berjaya membuka hati ini kembali pulih dari luka yang sebelumnya.
Diyakinkan dengan pelbagai senario indah tak berdasar memungkin perasaan untuk terus terbina.
Tembok tebal yang melapisi ruang hati seakan tidak berdaya dek ombak suara yang sentiasa menuntun jiwa.
Namun sedemikian pula berbeza cara kerja impian dan juga hasrat.
Mekar di hati dua insan yang berbeza tapi sering ditidakkan oleh prasangka.
Sekadar angan dan tidak mungkin terdapatkan merupakan definisi sebenar sebuah impian.
Keinginan yang tinggi berbekalkan usaha dan tawakal,
mungkin bisa dikaitkan dengan inti sebuah hasrat.
Lain pula bagi aku.
Hasrat yang kuinginkan telah kubekalkan dengan semua persediaan
Namun lama kelamaan ianya tidak lagi sebuah hasrat,
bahkan bertukar kepada angan.
Angan yang seakan akan tak bertepi dan tidak mempunyai dasar.
Tetap berusaha walaupun perit sebelumnya masih tersisa.
Berharap agar keajaiban akan benar benar berlaku menukar angan kepada satu ruangan.
Ruangan penyembuhan dek luka lama yang seakan akan tersisa.
yang benar bang
ReplyDelete