Pertanyaan
Sedang dalam kekeliruan diri sentiasa mencari cara untuk mencari sesebuah jawapan,
bagi pertanyaan yang datang tidak didendang.
Seribu pertanyaan memungkinkan diri terkadang letih dalam perjalanan mencari jawapan yang bahkan menemui jalan buntu.
Berjuta jawapan diterima bagi satu pertanyaan yang sama mengundang begitu banyak terma ketidakpastian hadir wujud.
Perlahan aku meneliti satu persatu pertanyaan yang hadir beserta jawapan yang terkadang aku sendiri keliru.
Bagaikan pelanduk putih menendang anjing parameswara,
Jawapan yang diterima dari sesebuah pertanyaan terkadang berbunyi mustahil dan tidak masuk dek akal.
Bagaikan orang bodoh yang tidak tahu mana lautan mana sungai hanyut aku ke dasar paling dalam sebuah perhubungan.
Pertanyaan demi pertanyaan yang pada akhirnya terjawabkan mengungkap sudut hati terpaling dalam.
Namun jawapan yang didapatkan begitu menyakitkan bahkan tidak tertanggung dek hati yang sudah berkali menahan luka.
Terima kasih untuk beribu jawapan ketidakpastian yang kemudiannya mengundang seribu macam persoalan.
Cukup setakat ini perjalanan hati dalam mencari jawapan yang tepat memungkinkan berakhirnya episod luka yang paling dalam.
Comments
Post a Comment