Norma seorang lelaki

 Tidak perlu banyak kata untuk mengungkap kekecewaan seorang lelaki,

Cukup dengan bahasa tubuhnya,riak mukanya sahaja jelas tertulis perkataan itu,

Namun dunia ini sangatlah tidak adil untuk menghukum para lelaki bahawa mereka tidak berperasaan,

Kami bukan tidak berperasaan cuma tidak mahu merosak ideologi bahawa lelaki itu seharusnya sentiasa terlihat kuat di mata dunia.

Tanggungan yang kami hadapi bahkan kadangkala tidak akan mampu untuk diterjemah dek kata kata,

Profesionalisme menjadi keutamaan apabila datangnya masalah berkait dengan jiwa.

Lelaki sosok tubuh yang seharusnya menjadi ketua,pemimpin,pendahulu,imam,barisan hadapan dalam tidak kira apa jua situasi kehidupan.

Kami tidak pernah mengeluh malah berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang lelaki,

Namun seperti biasa akan sentiasa wujud orang orang memperkatakan keburukan dibanding kebaikan seorang lelaki.

Umpama kami ini hanyalah hamba,

Bekerja pagi pulang malam untuk siapa kalau bukan untuk menghalalkan yang tercinta,

Untuk memenuhi keperluan keluarga.

Berkorban dalam apa jua situasi bahkan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan sesuatu yang kami rasa berharga.


Kekecewaan yang dirasai seseorang lelaki sesungguhnya datang apabila segala penat lelah dan usaha takkan pernah cukup dan dihargai untuk insan bernama wanita.

Tipulah kalau hendak kata kami tak pernah merasakan putus asa dalam kehidupan,Tapi kami sedar lahirnya lelaki keatas dunia ini tidak lain tidak bukan untuk menggalas tanggungjawab kehidupan.

Apa yang kami perlu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah sedikit rasa dihargai dan dihormati.


Tidak salah untuk perkatakan bahawa dikalangan lelaki adanya penjenayah,adanya haiwan,adanya perosak bangsa.

Tetapi adilkah kita sebagai manusia memukul rata status seorang lelaki untuk dipandang hina.

Lelaki seperti buluh tidak akan melentur sehingga patah jika tidak ada tangan tangan yang merosak.



Benar, Lelaki juga adalah seorang manusia,mereka berperasaan,mereka merasai kesedihan,kegembiraan,kekecewaan dan sebagainya.

Kami suka sederhana jika sederhana merupakan jalan yang paling bahagia.

Kami ingin menjadi kaya untuk memenuhi keperluan keluarga dan tercinta yang paling utama.

Cukup dengan itu kami sudahpun merasakan bahagia yang sebenarnya



Comments

Popular posts from this blog

Confuse

Am i a good person?

KELIRU |