Posts

Showing posts from September, 2022

Dugaan

  Hai pejuang kehidupan, Terlalu banyak yang berlaku disekitarmu sehinggakan tidak sempat bagimu mengumpul semangat baru. Dugaan demi dugaan hadir mengetuk takdir perjalanan hidupmu yang bahkan sedang aman. Masa untuk bersendiri kian singkat dek tuntutan duniawi yang senantiasa mencabar. Begitu banyak getir getir kehidupan yang pernah kau rasakan , sehinggakan kau tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hayat meniti gelora kehidupan. Bahkan kau tetap harus terlihat kuat dihadapan orang orang yang berfikiran millenia, Terkadang kau jatuh sendirian tanpa ada tangan yang menghulurkan harapan. Hampir hampir putus harapan dengan pelbagai macam senario tak bisa kau sangkal.. Tika kau berhenti sejenak untuk melepaskan keluh kesah  ada saja ombak rintangan yang perlu kau tidakkan. Namun ingatlah wahai pejuang kehidupan disetiap rintangan yang kau lalui, Ianya mengajarkan erti sebenar kehidupan, Tidak pernah bisa diramal dek ahli ilmuwan, Bahkan sahabat nabi juga pernah merasakan putus a...

Pertanyaan

Sedang dalam kekeliruan diri sentiasa mencari cara untuk mencari sesebuah jawapan, bagi pertanyaan yang datang tidak didendang. Seribu pertanyaan memungkinkan diri terkadang letih dalam perjalanan mencari jawapan yang bahkan menemui jalan buntu. Berjuta jawapan diterima bagi satu pertanyaan yang sama mengundang begitu banyak terma ketidakpastian hadir wujud. Perlahan aku meneliti satu persatu pertanyaan yang hadir beserta jawapan yang terkadang aku sendiri keliru. Bagaikan pelanduk putih menendang anjing parameswara, Jawapan yang diterima dari sesebuah pertanyaan terkadang berbunyi mustahil dan tidak masuk dek akal. Bagaikan orang bodoh yang tidak tahu mana lautan mana sungai hanyut aku ke dasar paling dalam sebuah perhubungan. Pertanyaan demi pertanyaan yang pada akhirnya terjawabkan mengungkap sudut hati terpaling dalam. Namun jawapan yang didapatkan begitu menyakitkan bahkan tidak tertanggung dek hati yang sudah berkali menahan luka. Terima kasih untuk beribu jawapan ketidakpastian ...

Hasrat

 Jauh di sudut hati yang paling dalam wujudnya hasrat untuk menjadikan kamu pengisi suara hati yang seterusnya. Bisikan rasa seakan akan meruntuhkan segala benteng pertahanan yang telah lama bertahan menjaga ruang hati dari luka yang sebelumnya. Pelbagai angan dan impian yang palsu bertingkah seakan benar berjaya mengelabui ruang diri. Sungguh jauh diri ini hanyut dek pukulan demi pukulan yang seakan akan memberi tanda supaya diri ini berhenti dari mengejar yang tak pasti. Impian rasa yang bahkan hanyalah mainan minda berjaya membuka hati ini kembali pulih dari luka yang sebelumnya. Diyakinkan dengan pelbagai senario indah tak berdasar memungkin perasaan untuk terus terbina. Tembok tebal yang melapisi ruang hati seakan tidak berdaya dek ombak suara yang sentiasa menuntun jiwa. Namun sedemikian pula berbeza cara kerja impian dan juga hasrat. Mekar di hati dua insan yang berbeza tapi sering ditidakkan oleh prasangka. Sekadar angan dan tidak mungkin terdapatkan merupakan definisi sebe...

Parut

  Di setiap perjalanan pasti akan adanya liku liku kehidupan  yang pada hujungnya berakhir dengan kesakitan. Sentiasa memerlukan perhatian yang secukupnya  bagi menahan luka lama dari kembali terasa. Kesukaran yang setiap hari bertambah mengikut arus situasi dan keadaan. memaksa diri untuk menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Luka yang tampak dek mata masih bisa diubati tanpa meninggalkan rasa. Namun luka yang mengakibatkan pendarahan nurani. Tidak akan sembuh bahkan meninggalkan kesan parut yang bakal memenuhi ruang diri. Bagaikan kubu tentera yang sudah dibedil tanpa ada harapan untuk kembali berjasa. Parut yang menjadi tanda seribu duka tanpa sedar menjadi benteng pertahanan diri yang paling sempurna. Kesakitan dek luka lama menjadi panduan di masa hadapan yang belum lagi pasti apa takdirnya, Cukup. Cukuplah sekadar itu diri merasakan luka yang tidak mampu diubati oleh penawar biasa. Tidak akan ada kali keduanya untuk aku membuka ruang membalut luka yang seterusnya. Ter...